Wednesday, January 12, 2011

SENDI KRONIK ::::





ADAKAH anda sering sakit pada sendi pinggul setiap kali duduk dalam tempoh yang lama, tidur terlentang malah menyukarkan pergerakan? Lebih sukar lagi, kesakitan anda itu seakan-akan tidak berkesudahan meskipun sudah berjumpa ramai doktor dan memakan pelbagai jenis ubat.
Jika kesakitan yang anda alami itu berlarutan melebihi enam bulan dan doktor yang merawat pula tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit anda, kemungkinan besar anda mengalami apa yang dikenali sebagai kesakitan kronik.
Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Dr Nizar Abdul Jalil, berkata ciri-ciri sakit kronik agak pelik. 

Kesakitan itu mungkin sakit tulang belakang, migrain atau apa-apa kesakitan yang gagal dikenal pasti atau diagnosis tepat oleh doktor dan menyebabkannya berpanjangan melebihi enam bulan.

Katanya, kesakitan itu dipercayai berpunca daripada perubahan biokimia dan morfologi pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami hingga menyebabkan fungsi saraf di luar kawalan. 

“Kajian di Malaysia, misalnya menunjukkan antara 20 ke 30 peratus kesakitan kronik ini tidak dirawat dengan tepat oleh doktor. Tersilap diagnosis menyebabkan rawatan yang diberikan tidak tepat dan kesakitan akan berpanjangan,” katanya. 
Antara kesakitan yang kerap menjadi kesakitan kronik ialah sakit pada bahagian belakang. Ia boleh terjadi disebabkan diska yang tergelincir, sendi faset (sindrom sendi faset) atau akar saraf yang terkeluar. 







Sindrom Sendi Faset

Sendi faset adalah penghubung antara vertebraes dalam tulang belakang. Sama seperti sendi lain misalnya lutut atau siku, ia membolehkan pergerakan seperti membengkok. 

Kata Dr Nizar, masalah terjadi jika sendi itu radang disebabkan kecederaan atau arthritis yang menyebabkan rasa sakit dan ketegangan. Ia boleh terjadi pada tahap yang kronik atau akut dan kesakitan itu boleh datang dan pergi mengikut aktiviti yang dilakukan.

“Jika kesakitan terjadi di bahagian pinggang, pesakit akan berasa sakit apabila duduk atau berdiri. Kalau duduk lama, dia berasa lenguh pada pinggang dan hanya lega apabila berbaring. Rasa sakit bertambah jika mendongak dan memusingkan badan ke belakang. Misalnya apabila duduk tahiyyat ketika bersolat,” katanya.

Dr Nizar berkata, kesakitan bahagian leher pula menyebabkan sakit belakang tulang tengkuk, pening pada bahagian belakang kepala hingga ke ubun-ubun dan sakit pada otot leher, bahu atau belikat.

“Biasanya penyakit ini juga disusuli dengan kekejangan otot leher atau belakang. Jika berlarutan (kronik) ia dikenali dengan sindrom sakit miofasia,” katanya. 

Rawatan

Ada lebih daripada satu teknik rawatan dan lebih daripada satu jenis ubat untuk menangani masalah begini. Umumnya, pesakit akan diberikan ubat, atau menggunakan kaedah rawatan lain misalnya tampalan koyok atau fisioterapi.

Bagaimanapun, jika semua kaedah ini gagal, suntikan radio frekuensi akan dilakukan. Kaedah rawatan ini selamat dengan syarat ia dikendalikan oleh pakar yang betul. Walaupun ia hanya membabitkan suntikan, namun ia perlu dilakukan oleh pakar penyakit kronik yang terlatih. 

Di Malaysia, hospital kerajaan yang memiliki kepakaran dalam bidang ini adalah HUSM.

“Tiga langkah keselamatan utama akan dibuat bagi memastikan saraf yang bakal disuntik adalah saraf yang tepat. Kesilapan diagnosis dan kesilapan saraf boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lain pula,” katanya.

Kata Dr Nizar, prosedur suntikan radio frekuensi menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi yang disalurkan melalui jarum. Ia bertindak melumpuhkan saraf yang sakit dengan menghalang transmisi isyarat kesakitan. 

“Suntikan ini berfungsi untuk membantutkan isyarat sakit berpunca daripada sendi faset. Jadi pesakit akan berasa lega serta-merta. Ia dilakukan dalam dewan bedah di bawah kawalan sinar-X dan mengambil masa antara 40 minit hingga satu jam bergantung kepada sendi yang disuntik,” katanya.

Dr Nizar berkata, prosedur suntikan radio frekuensi juga membantu pesakit yang berhadapan dengan sakit kronik yang berkaitan dengan penuaan sendi disebabkan arthritis. Tahap kelegaan kesakitan pelbagai bergantung kepada punca dan lokasi. Namun 70 peratus daripada pesakit yang dirawat dengan RFA berjaya menangani kesakitan.

INFO: Antara sindrom kesakitan kronik

  • Mengadu sakit yang tidak pernah lega.

  • Mengadu sakit yang pada beberapa tempat di tubuh badan 

  • Kesan sampingan dari berbagai ubat yang digunakan yang ketara.

  • Emosi yang terganggu seperti marah, kemurungan dan kurang semangat/motivasi.

  • Tidur yang terganggu

  • Fizikal tubuh badan dan fungsi yang makin merosot. Tubuh jadi lemah, kurang stamina dan fleksibel (physical deconditioning).

  • Cemas dan cuba elakkan pergerakan yang akan mengembalikan rasa sakit.

  • ‘Perilaku kesakitan’ seperti suka berehat, suka mencuri perhatian, suka bercakap pasal kesakitan yang dirasai.

  • Konflik keluarga dan perkahwinan.

  • Berpindah dan berjumpa dengan banyak doktor. 

  • Tidak mampu bekerja ataupun mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja.

  • Kurang memahami masalah kesakitan yang dialami.

  • Masalah kewangan dan isu pampasan dengan syarikat insuran.

    Contoh penyebab kesakitan kronik:

  • Sakit tulang belakang, sama ada pinggang dan tengkuk.

  • Sakit sendi (osteoarthritis , rheumatoid arthritis).

  • Sakit kepala (migrain atau bukan migrain).

  • Sakit saraf (neuropathic pain). 

  • Sakit yang berpunca daripada kanser. 

  • Sakit otot dan fasia (myofascial pain syndrome, fibromyalgia). 

  • Sakit selepas pembedahan atau kecederaan.

  • Sakit yang berpunca daripada faktor psikologi. 
  • chronic back pain.... !!

    alohaaa sumer..  entry kali ni aku nak citer sal kesihatan la.... actualy aku pun ada pngalaman ni... alahai....
    untuk pengetahuan korang.. aku sendiri pun mgalami masalah kesakitan tulang belakang ni... aku terbaca kat dalm satu akhbar tentang cara rawatan sakit tulang blakang ni... sama jer ngan rawatan yang aku sedang buat skang kat hospital kota bharu...




    Rupanya Ada Kaedah Rawatan Sakit Kronik Tanpa Bedah
    Oleh HAMID KARIM

    MENGENAL PASTI jenis rawatan yang sesuai adalah sebahagian daripada elemen penting dalam pengurusan merawat kesakitan. Namun hal ini sering terlepas pandang oleh kebanyakan pesakit khususnya di kalangan mereka yang mengidap penyakit kronik di bahagian tulang belakang yang sukar disembuhkan dalam tempoh yang lama.
    Oleh sebab berlakunya kecelaruan mengurus kesakitan yang dihidapi, khususnya dalam menentu atau mengenalpasti rawatan tepat dan terbaik, banyak pesakit terlantar menderita kesakitan yang berpanjangan dan paling menyedihkan ada di antara mereka kehilangan peluang untuk sembuh seperti sediakala.
    Pentingnya mengenalpasti rawatan dan menguruskan kesakitan ini ditegaskan oleh seorang pakar sakit kronik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nizar Abdul Jalil.
    Menurut beliau, kegagalan pesakit mendapat rawatan yang tepat berhubung penyakit yang mereka hidapi menjadi antara punca sakit kronik seperti cakera gelincir (slip disc) di tulang belakang atau kecederaan facet dihidapi akan menjadi liabiliti yang berpanjangan.
    Akibatnya, pesakit terus-menerus menanggung kesakitan dan terlantar serta sebahagiannya seperti putus harapan untuk mencuba rawatan seterusnya.
    Menerusi pengalaman sendiri, penulis didedahkan oleh Dr Nizar bahawa pesakit kronik hari ini berhak untuk mendapatkan rawatan tepat dan terbaik. Pengalaman banyak pesakit sebelum ini yang gagal sembuh daripada sakit kronik sehingga ada di antara mereka lumpuh sepanjang hayat akibat daripada kelemahan menguruskan jenis rawatan patut dijadikan iktibar.
    Mengikut amalan biasa, kebanyakan pesakit kronik di negara ini terutama yang mengidap kecederaan cakera pada tulang belakang katanya, akan dirujuk kepada pakar ortopedik bagi tujuan penentuan sakit dan rawatan.
    Hal ini bagaimanapun berbeza di negara jiran, Singapura kerana menurut Dr Nizar, pesakit di negara itu sebaliknya akan dirujuk terus kepada pakar sakit kronik terlebih dulu untuk didianogsis dan diberi penentuan rawatan sebelum dirujuk kepada pakar ortopedik atau yang berkaitan.
    Hanya jika keadaan tidak boleh dielakkan, barulah pesakit boleh menerima cadangan pakar ortopedik agar menjalani pembedahan. Bagaimanapun, keadaan hari ini sememangnya telah jauh berubah. Pesakit berhak memperolehi pengetahuan tentang rawatan konservatif, iaitu rawatan tanpa pembedahan bagi mengelak daripada berdepan risiko yang lebih besar.
    Bidang rawatan yang dipelopori oleh Dr Nizar ini membayangkan kemungkinan pesakit kronik di negara kita mempunyai peluang untuk pulih berdasarkan rawatan khusus yang dikenali sebagai rawatan suntikan Radiofrequensi. Menerusi kaedah rawatan Radiofrequensi ini, pakar sakit kronik akan hanya menggunakan suntikan bagi merawat pesakit mereka.
    Jarum akan disuntik terus ke saraf cedera bertujuan mengecutkan saraf yang sakit dan sekaligus menghilangkan bisa yang ditanggung pesakit bertahun-tahun lamanya. Demikian pengalaman serupa dialami sendiri oleh penulis yang disahkan mengidap kecederaan facet di tengkuk dan bahagian belakang serta bahu yang dideritai bertahun-tahun lamanya.
    Penggunaan kaedah suntikan di dalam bilik bedah yang hanya mengambil masa lebih kurang sejam dapat meredakan bisa yang menyerang tangan dan sebahagian besar tubuh penulis.
    Sebelum ini, kebanyakan pegawai perubatan ditemui mencadangkan supaya rawatan dilakukan oleh pakar ortopedik dan sebagai jalan akhir pembedahan mesti dilakukan. Namun kaedah rawatan radiofrequensi yang dipelopori oleh Dr Nizar berjaya memindahkan beban sakit dan trauma bertahun-tahun tanpa melalui proses pembedahan.
    Menurut Dr Nizar, pengurusan sakit yang betul yang bertujuan mendapatkan rawatan selesa dan kurang implikasi atau risiko kepada pesakit amat penting pada kehidupan hari ini. Ditambah pula dengan adanya pakar dalam sakit kronik, peluang bagi pesakit menghindarkan diri daripada dibedah tulang belakang sehingga boleh menyebabkan risiko lumpuh amat luas.
    Malangnya, kata beliau, sebahagian besar pesakit kronik di negara ini belum terdedah atau mengetahui kaedah suntikan bagi merawat sakit kronik khususnya berkaitan kecederaan tulang belakang. Melalui pengalaman beliau merawat pesakit kronik sehingga kini, sebahagian besar pesakit kembali dapat meneruskan kehidupan seperti biasa melalui kaedah ini.
    Menerusi kaedah suntikan, epidural streroid akan disuntik bagi mengurangkan kesakitan sama seperti proses suntikan menahan sakit bagi mereka yang ingin bersalin. Sedikit steroid akan dimasukkan bagi mengurangkan bengkak dan keradangan pada akar saraf yang terhimpit (bagi kes cakera gelincir tulang belakang).
    Sepanjang terbabit sebagai pakar dalam bidang sakit kronik, Dr Nizar memang mengakui bahawa di antara 80 hingga 90 peratus pesakitnya secara umum tidak mengetahui mengenai rawatan Radiofrequensi yang tidak memerlukan mereka menjalani pembedahan sebelum datang bertemunya.
    Persoalannya kini, bagaimanakah nasib pesakit kronik yang kurang terdedah kepada media yang sejak akhir-akhir ini kerap memaparkan maklumat tentang rawatan konservatif tanpa pembedahan itu?
    Apakah mereka akan terus dirujuk kepada pakar ortopedik dan seterusnya disaran menjalani pembedahan tanpa mendapat pilihan lain? Mengakui hakikat itu, Dr Nizar menyarankan pesakit supaya selalu bertanya kepada doktor perubatan mengenai rawatan alternatif supaya mereka dapat memilih dan sekaligus mencuba sesuatu yang lebih rendah risikonya.
    Bagaimanapun, pesakit tidak seharusnya pula menafikan standard rawatan yang digunapakai apabila berdepan kesakitan tulang belakang. Indikasi di negara ini sama seperti di negara lain, iaitu apabila rawatan konservatif atau rawatan tanpa bedah ini gagal, ia menunjukkan kecederaan saraf pada tulang belakang sudah tentu mencapai tahap kritikal.
    Biasanya menurut Dr Nizar, hal ini berlaku selepas enam bulan mendapatkan rawatan konservatif tanpa bedah. Maka pesakit itu akan dirujuk kepada pakar ortopedik. Di situlah terletaknya kebijaksanaan pesakit mengurus sakitnya dengan berbincang bersama pakar ortopedik mengenai rawatan terbaik yang boleh dipilihnya.
    Mengulas mengenai terma sakit kronik, beliau menjelaskan bahawa sakit ini biasanya datang tanpa disangka dan boleh berlarutan sehingga tempoh masa lama jika tidak mendapat rawatan yang tepat dan segera dan kebanyakannya berkaitan kecederaan tulang belakang.
    Kesakitan ini amat merimaskan dan boleh mencapai tahap kritikal apabila pergerakan tangan atau kaki pesakit boleh terjejas. Orang ramai boleh mencuba kaedah rawatan tanpa bedah bagi merawat sakit kronik dengan menghubungi Dr Nizar Abdul Jalil di HUSM Kubang Kerian.
    HAMID KARIM adalah seorang penulis bebas dan pernah menjadi ketua biro sebuah akhbar tempatan. Dr Nizar adalah pakar sakit kronik yang telah merawat penulis dan berharap bidang rawatan tanpa bedah ini dapat dikembangkan lagi bagi membantu rakyat/pesakit di negara kita ~ Jumaat Jun 25, 2010.

    Tuesday, January 11, 2011

    makan kawan?????

    adoiii... hari ni aku rasa semacam larr....apo kono eh ngan kpalo otak den ni....ponat ke.. ntah laa... tapi sompek yo nk masuk blog ni.hihih... knp aku bertulis loghat nogori niiii....

    oh yea..aku nak kongsi la satu pengalaman aku sendiri kat korang pembaca blog cik gravevy ni.. ni pengalaman aku sendiri,..xder kaitan dgn yang idop atau yang telah meninggal dunia dan yang sewaktu dengannya...


    aku ni xde la hebat mane pon,.rupa xla secun mn pon..hati xde la seputih tepung pun prangai xde la sebaek korang pun... tapi........ade lagi la yang jenis makhluk2 perosak yang dengki kat aku... what the motif??? (WTM)
     aper2 pon motif tersirat dan tersurat itu xde la aku nak korek...tp beringat la baii....

    haaa,,berbalik pasal org yang jeles menjeles ni...citer nye mcm ni....
     aku ade la sorg kawan kat kampung dulu die mnyewa sebelah umh aku..pompuan la,,paras rupa nya ok la...yang sedang2 saja...hihi.....aku panggil nama dia eda ( bukan nama sebenar). adoi ponin aku kalo buat baek ngn orang pun cam salah jer...sumer xkene.. si eda ni suka berkenalan ngan ramai laki... i means die suke betukar2 pakwe la...selagi xdapat yang sehensem mungkin selagi tu die ganyang sume laki yang ade dpn mate...

    nak dijadikan cerita...satu hari aku kuar jalan2 ngan moto....ngn dia la...sedang enak menunggang moto buruk tu...tetiber datang la dua org mamat.,konon nya nak tnye jalan...tp aku da tau da  taktik kotor laki tu nak ushar kteorg.... yang bawak moto tu bukak la helmet die....perggghhhhh...... ensem ciottt..... putih lak tu...tinggi..taf..idum pun mancung ala2 fizo omar gtu.... sketsa :

       laki                  : cik, tumpang tanye... mana jalan nk pegi taman desa .....??
       aku                  :  oh..g depan tu belok kiri terusssss.......... ( xsempat lagi aku abis ckp)
       kwn aku           :  haaa..g terus pas tu belok kanan jumpa simpang empat  pastu terussss jer jumpa la
                                   taman tu..... abg bukan org cni ke???
      aku                   :  (bermonolog dalaman ) dah mula daaaaaaa pompuan ni..
      laki                   :  x kteorg dari pasir puteh....ermm cik nak g mn.....sambil tgan nye menunjuk ke arah aku ...
     kwn aku            :  sy nk g jln2 jer.pusing2 bandar...meh la sy tunjukkan jalan nk g ke taman tu....
     aku                   :  weh..mek... gila la ko,kte xpakai helmet nak g ctu...kne saman saper nk byar weyy...
     laki                   :  xpe la kteorg xnak susahkan awk berdua...kteorg leh cri sdri..
     kwn aku           :  ehh... xde la ssah nyerrr... umh kteorg dkat jer. tgu yer kteorg amek helmet jap....
    laki  dan aku      :  muka blurrrr...


    pAStu.... aku xnak citer panjang2 la..hihi..korang pun da blh agak kan.... lxabis kat ctu bertukar2 plak no tpon... yang laki tu plak asyikkol jer kwn aku tu.... nak tnye no tpon aku... aku xmo la bagi sb time tu aku xnak la kacau sb kwn aku yg nak kat laki tu....

    lepas tuuuuu....... si kwn aku tu... dgan megah nye dia berkata....
        --- eh .... ko xla lawa pun...knp laki tu asyik mintak no tpon ko...aku yg nak kat die,,die cbuk tanye ko..!
       bedesinggggg telinga  aku....sabar je laaaa....
    die sambung lagi...
    --- aku rs aku lagi lawa dri ko....setahu aku,org xlawa mcm ko mn ade org nak....
     cehhhhhh....... aku dgn slambernya berlalu pergi tanpa kata...... sambil menyedari kekurangan dlam diri.... nasib la badan.......

    sekarang aku da xkawan da ngn pompun tu,,,motif..die
      " KAWAN MAKAN KAWAN"



    Monday, January 10, 2011

    hujan batu di negeri sendiri..

    alooohaaaaa.... my negeri tercintann.. KeLaNtAn dulu kini dan selamanya,,, ewah2..



    entry kali ni aku nak create pasal negeri kelantan, tempat lahir aku.... negeriku..
    kekadang xramai yang tau sal sejarah negeri sendiri ni...tapi aku berminat nak tau la,,, so aku terus search la dalam wikepedia,,then terjumpala aku dengan fkata2 menarik n sejarah negeri kelate ni...
    walaupun aku juz copy n paste jer..sekuran2 nyer aku pun ade usaha jugak kan,..usaha membaca dan usaha menciplakkksss.... 

    jom baca!

    Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun BungaTanjung PuraNegeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.
    Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar FunanEmpayar KhmerSrivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhirabad ke-15.
    Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan TimurKelantan BaratLegeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764,Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
    Pada 1800Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
    Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
    Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukanJepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahanBritish.
    Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentukPersekutuan Malaysia.



    Thursday, January 6, 2011

    click !!!

    ni la family aku...

    aku anak ke-5 dari 12 adik beradik....ramai kan... ?
    xper...rezeki mak ngan ayah aku la..
    adik beradik ramai ni meriah giler..nak2 time rayer...adooii bising giler... kalo xtime raye pun bising gak....

    hargaila family kiter selagi mereka masih ada.... 

    spongebob squarepants...

    eh korang..korang mesti da tau kan sal satu citer cartoon ni... SPONGEBOB SQUARE PANTS..kefemesan cartoon spongebob tu memang xleh disangkal lagi....haha..
    oleh kerana aku xder citer menarik nak citer lam blog aku ni,,aku nak citer la sal hobi aku ni haaa kat korang sumer..aku mmg la suka tengok citer ni..nak2 si PATRICK yang xleh blah ke" blur"an die tu..
    shemengoongg..haaha

    citer ni bes,,kalo bleh sampai sekarang aku nak tengok..tapi memandangkan faktor umur yang dah meningkat...faktor masa yang da xbanya untuk tengok tv...aku juz tgk la gambar spongebob tu...huhu..seronok kalo bleh kjadi spongebob...

    salam perkenalan dari cik kubur...

                                                                   cik gravevy

    hai sumer2.... salam perkenalan dari  "miZZ gRavEvy" ( bukan nama sebenar )... 1st ly aku nak citer sal diri aku yang xseberapa ni... aku sorang pompuan..sah2 la aku pompuan kan...hohohho..orang panggil aku cik nad kalo kat ofis la...tapi mase kat umah manjer2 cket family panggil aku  "kak ya".. hihih..banyak sbnarnye nama aku ni,,kalo citer pon korg kene panggil aku mizz gravevy jugak kan...

    aku sorang yang suka ketawa and of kos tersenyum tu hobi aku yang aku xleh tinggal... ekeke... aku suka senyum..tp kekadang kalo aku asyik senyum pun ade gak orang yang x berapa nak berpuas hati ngan aku ni... musykil bin ajaib....


    aku sorang yang periang kate omputih nye... happy go lucky...tapi aku lebih suke happy go " LAKI".... haha
    dengan wajah yang xseberapa ni..ade gak la aku dapat tekel mekel beberapa orang "laki"...waaahh.. beberapa gtu....!! yezzaaa,,,

    tapi aku jenis yang setia.... ( i agak jer)  hohoh..tapi kurang keyakinan pada diri,,, entah la,,naper..aku ni kalo buat keje ke ape ke..mesti nk tanye org...bukan aku xreti..cume aku xyakin...aku nak highlight kat cni..yang aku sorg yang simple.....


    haa,,dah la tu kan citer sal diri aku ni...nanti korang boring plak..len hal korang leh tanye len hari...hohoho

        salam sayang,
                          mizz gravevy